Wednesday, November 16, 2011

JODOH ADALAH URUSAN ALLAH

Assallamuallaikum...
hye guyz...rini kite cite pasal jodoh lar...semalam die :) kol aku. Kitorang dok borak2 then tetibe bukak la cite pasal jodoh... betullah kate die jodoh semua di tangan tuhan..allah yang menentukan segalanya..dan jodoh kite dah tertulis sebelum kite lahir lagi... bile aku dengar cerita die... aku terpikir siapa la jodoh aku... bile dah syg dah cinta... ni lah yg aku pikir..jodoh hanya allah yang tentukan. Aku hanya merancang antara die tuk aku atau tidak. Sekarang ni aku hanya berdoa kepada Nya yang esa je. tak pelah JOM same2 kite bace kat bawah ni tau... :)

Jodoh itu rahasia Allah . Sejauh dan sedalam manapun kita fikir, ia tetap menjadi satu misteri yang tak bisa diungkapkan. Kerana sudah ketetapan Allah  yang menciptakan manusia dengan akal fikiran yang amat terbatas.
Namun itu tidak bermakna kita hanya perlu mendiamkan diri menanti saat hadirnya jodoh itu. Atas ikhtiar dan kuderat yang telah Allah  kurniakan memandu kita dalam menemui cinta sejati. Berusahalah di samping bertawakkal kepada Allah  kerana sesungguhnya kita sebagai makhluk hanya mampu merancang dan hanya Allah  yang menentukan pengakhirannya.
Bukan Allah  tidak tahu kesungguhan kita bangun di tengah malam untuk mengadu padaNya. Bukan Allah  tidak tahu bertapa perit dan derita yang kita tanggung. Bukan Allah  tidak tahu bertapa bersungguhnya kita berusaha mencari yang terbaik.
Sesungguhnya Allah  Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa Allah  tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah  telah menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.

Hanya Allah  yang tahu. Bersabar dan bersolat kepada Allah  kerana sesungguhnya hanya Allah  yang tahu apa yang terbaik untuk sekalian hambanya. Tidak ada apa yang lebih membahagiakan selain mendapat rahmat dari Allah . Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi.
Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kepedihan dan kekecewaan hidup dalam mencari pasangan hidup. Jangan sesekali berputus harap di atas rahmat Allah . Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah  itu benar.